Jumaat, 29 Ogos 2014

Redha sahajalah dengan pilihan Allah untuk kita




Assalamualaikum para pembaca ?  hehe . Hari ini saya ingin berkongsi topik yang agak menarik iaitu "Redha sahajalah dengan pilihan Allah untuk kita" . Sebagai hambaNya kita tidak akan terlepas dengan dugaan hidup , betul tak ?  Hatta seorang itu seorang PM atau Pemerintah Dunia sekali pun , juga tidak mampu menidakkan sebarang ujian atau dugaan . Namun begitu , bersangka baik lah kita kepada Yang Maha Pencipta :)  


 Bangunlah jika Dia membangunkan diri kita dan duduklah  jika Dia menyuruh kita duduk . Bersabarlah ketika Allah menjadikan diri kita sebagai orang yang miskin dan bersyukurlah bila mana Dia menjadikan kita orang yang kaya . Itu semua akan menjadi kenyataan dari ikrarmu :

"Aku rela Allah sebagai Tuhanku , Islam sebagai agamaku dan Muhammad itu sebagai nabiku"

Bak kata pujangga : 

Janganlah merasa mampu mengatur dirimu sebab orang yang pandai mengatur pun dapat binasa .


Sekian  ;
Shah 
Sabtu 
30/8/2014

"Tamak Haloba Tidak Memberi Kebahagian" .

Assalamualaikum kepada semua para pembaca. Anda sihat ?  kalau sihat Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) dan bagi yang sebaliknya sentiasa lah mencari wasilah dalam mengubati penyakit . InsyaAllah .Mungkin ada yang menyangka bahawa blog saya ini lebih tertumpu kepada hal-hal cinta cintu bagai dek kerana alamat blog saya sedemikian rupa hehe  , tetapi disini saya ingin menegaskan bahawa perkara itu tidak benar . Objective atau matlamat saya menulis blog ini  adalah kerana mahu mengasah kemahiran penulisan blog  dan secara tidak langsung berkongsi ilmu dengan para pembaca yang saya kasihi sekalian . hehe =)   

Saya bukan seorang pakar Motivator , saya bukan seorang ustaz , saya bukan seorang penulis yang berpengalaman atau cendiakawan atau pelajar cemerlang di Sekolah mahupun di Universiti . Saya hanya seorang insan yang masih mentah akan dunia yang rapuh ini , dan pengetahuan yang cetek  . InsyaAllah saya cuba  berkongsi tentang apa yang saya tahu , apa yang baca dan pendapat saya tentang sesuatu perkara

Pada hari ini , InsyaAllah , saya akan berkongsi tentang ;

"Tamak Haloba Tidak Memberi Kebahagian"  .







 
 Gambar :  Orang yang tamak 


Bagi mencari titik noktah bagi tajuk ini , saya lebih selesa menggunakan hadis Rasulullah  s.a.w  :).

Baginda pernah bersabda :"Tidak satu pun jiwa akan mati hingga rezeki dan ajalnya disempurnakan".

 Dan mengapa perlu ada rasa takut , keluh kesah dan KETAMAKAN , jika semua sudah itu  ditakdirkan dan ditentukan ?

"Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisi-Nya dengan kadar yang tertentu " (Surah Ar Ra'd:8)
"Dan adalah ditetapkan Allah itu suatu ketetapan yang pasti " (Surah Al-Ahzab:38)

Ketiga-tiga perkara itu juga sesuai jika dimasukkan dalam hujjah atau dalil perdebatan. 

Sekian ,
Shah
Jumaat
29/8/2014


 






Posting pertama saya ^^

Assalamualaikum =)

Saya Shah Hairil , boleh panggil saya Shah . Ini adalah posting pertama saya dimana saya akan terus berkongsi pendapat saya , atau apa-apa yang membabitkan isu-isu sekarang yang dibangkitkan . Secara tidak langsung saya dapat mengasah penulisan saya di Blog  dengan lebih baik . InsyaAllah
Mohon sokongan daripada pembaca semua .  Saya budak baru nak belajar  :3






 Gambar tema saya =)
Gambar saya dan kelurga :)



Sekian ;
Shah 
Jumaat 
29/8/2014