Jumaat, 29 Ogos 2014

"Tamak Haloba Tidak Memberi Kebahagian" .

Assalamualaikum kepada semua para pembaca. Anda sihat ?  kalau sihat Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) dan bagi yang sebaliknya sentiasa lah mencari wasilah dalam mengubati penyakit . InsyaAllah .Mungkin ada yang menyangka bahawa blog saya ini lebih tertumpu kepada hal-hal cinta cintu bagai dek kerana alamat blog saya sedemikian rupa hehe  , tetapi disini saya ingin menegaskan bahawa perkara itu tidak benar . Objective atau matlamat saya menulis blog ini  adalah kerana mahu mengasah kemahiran penulisan blog  dan secara tidak langsung berkongsi ilmu dengan para pembaca yang saya kasihi sekalian . hehe =)   

Saya bukan seorang pakar Motivator , saya bukan seorang ustaz , saya bukan seorang penulis yang berpengalaman atau cendiakawan atau pelajar cemerlang di Sekolah mahupun di Universiti . Saya hanya seorang insan yang masih mentah akan dunia yang rapuh ini , dan pengetahuan yang cetek  . InsyaAllah saya cuba  berkongsi tentang apa yang saya tahu , apa yang baca dan pendapat saya tentang sesuatu perkara

Pada hari ini , InsyaAllah , saya akan berkongsi tentang ;

"Tamak Haloba Tidak Memberi Kebahagian"  .







 
 Gambar :  Orang yang tamak 


Bagi mencari titik noktah bagi tajuk ini , saya lebih selesa menggunakan hadis Rasulullah  s.a.w  :).

Baginda pernah bersabda :"Tidak satu pun jiwa akan mati hingga rezeki dan ajalnya disempurnakan".

 Dan mengapa perlu ada rasa takut , keluh kesah dan KETAMAKAN , jika semua sudah itu  ditakdirkan dan ditentukan ?

"Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisi-Nya dengan kadar yang tertentu " (Surah Ar Ra'd:8)
"Dan adalah ditetapkan Allah itu suatu ketetapan yang pasti " (Surah Al-Ahzab:38)

Ketiga-tiga perkara itu juga sesuai jika dimasukkan dalam hujjah atau dalil perdebatan. 

Sekian ,
Shah
Jumaat
29/8/2014


 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan